Kes Rogol Guru Korea Selatan Dibicara Semula - Dunia | mStar

Kes Rogol Guru Korea Selatan Dibicara Semula

Tiga suspek lelaki yang didakwa merogol guru wanita sebuah sekolah di Korea Selatan. - Yonhap

SEOUL: Mahkamah Agung pada Khamis telah mengarahkan tiga lelaki, yang disabitkan dengan kesalahan merogol seorang guru sekolah tahun lepas, dibicarakan semula, lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap.

Mahkamah tertinggi Korea Selatan itu mengembalikan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Gwangju selepas membatalkan perintah terdahulu yang membebaskan mereka daripada beberapa pertuduhan atas alasan satu penyelesaian telah dicapai dengan mangsa.

Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan hukuman penjara antara tujuh hingga 10 tahun ke atas setiap tertuduh, yang hanya dikenali dengan nama akhir mereka iaitu Kim, Lee dan Park, selepas memutuskan untuk mengurangkan tempoh hukuman penjara yang dijatuhkan terhadap mereka oleh mahkamah rendah iaitu antara 17 hingga 25 tahun.

Mereka didakwa pada Jun tahun lalu atas pertuduhan berpakat merogol guru wanita itu dan mencederakan mangsa di sebuah bandar pulau di Sinan, yang terletak kira-kira  400 kilometer di barat daya  Seoul.

Kesemua tertuduh turut memaksa mangsa minum sehingga mabuk dan merakam adegan itu.

Kes itu mengejutkan orang ramai kerana kesemua tertuduh adalah bapa murid dari sekolah yang sama di mana mangsa mengajar.

Artikel Sebelum

Belon Helium Boleh Apungkan Orang?

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Dua Suspek Militan Mati Ditembak

Foto Gajah Diserang Menang Anugerah

Lebih Artikel

PFA lepaskan Muhammad Zafuan serta-merta