Panda Berusia 23 Tahun Lahirkan Anak Kembar - Dunia | mStar

Panda Berusia 23 Tahun Lahirkan Anak Kembar

Gambar hiasan anak panda.

CHENGDU: Sekor panda gergasi berusia 23 tahun melahirkan anak kembar di pusat pembiakan di Sichuan, China sekaligus menjadi panda tertua yang masih boleh melahirkan, lapor agensi berita China Xinhua pada Khamis.

Usia panda berkenaan bersamaan dengan 80 tahun umur manusia.

Dikenali dengan nama Haizi, ia melahirkan anak lelaki seberat 175 gram dan 123.1 gram pada Ahad di pusat perlindungan semula jadi di Shenshuping.

Haizi bunting sejak April selepas mengawan dengan panda dikenali Yibao.

Ahli zoologi pusat panda itu Li Desheng berkata, pakar haiwan dan penternak khas ditugaskan untuk menjaga panda berkenaan.

Pada usia 19 tahun, Haizi pernah melahirkan sepasang lagi kembar.

Setakat ini, 21 anak panda telah dilahirkan di pusat itu termasuk tujuh pasangan kembar.Musim panas adalah musim puncak panda gergasi membiak.-Bernama

Panda

Artikel Sebelum

Menara 79 Tingkat Di Dubai Terbakar

Artikel Berikut

Sambil Tengok, Sambil Kira Ya...

Artikel Lain