suria

Lampin Bayi Pramatang Sekecil Tapak Tangan

PERCAYA atau tidak kini ada lampin pakai buang yang saiznya sekecil tapak tangan, atau mungkin lebih kecil lagi.

Ternyata bukan untuk dewasa, baru-baru ini pengeluar lampin pakai buang jenama Huggies telah melancarkan produk terkini, khusus untuk bayi pramatang.

Menerusi kempen No Baby Unhugged, lampin pakai buang nano ini direka khas untuk bayi yang beratnya kurang satu kilogram.

Lebih menarik lagi, ia dihasilkan menggunakan pelapik lembut bagi mengelak ruam pada kulit bayi.

Pengarah Perubatan Unit Rawatan Rapi Neonatal, Pusat Perubatan UCLA, Santa Monica, Dr Valencia Walker berkata, kulit bayi pramatang lebih sensitif berbanding bayi yang dilahirkan normal.

"Jadi tentunya anda perlu mencubanya untuk memastikan kulit bayi kekal kering," katanya seperti dipetik CNN.

Sementara itu, menerusi laman Twitter Huggies, syarikat itu juga mempromosi produk itu.

"Tidak kira saiz mereka, setiap bayi perlu dipeluk. Dapatkan maklumat lanjut mengenai lampin pakai buang nano terbaharu kami."

Menurut statistik yang dikumpul, Pusat Kawalan Penyakit negara itu memaklumkan seorang daripada 10 bayi dilahirkan pra matang.

Ia sekali gus bermaksud, 1.4 peratus bayi yang dilahirkan dalam keadaan tidak cukup bulan itu tidak dapat memakai lampin pakai buang saiz biasa," katanya.-Jakarta Post

Huggies, pramatang, UCLA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Siapa Kim Jong-nam?

Artikel Lain