Arab Saudi, Qatar, Rusia Setuju Beku Pengeluaran Minyak Pada Paras Januari - Dunia | mStar

Arab Saudi, Qatar, Rusia Setuju Beku Pengeluaran Minyak Pada Paras Januari

Ali al-Naimi
DOHA: Langkah membekukan pengeluaran minyak adalah mencukupi bagi meningkatkan pasaran minyak, kata Menteri Minyak Arab Saudi, Ali al-Naimi pada Selasa.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas beliau bersama dengan menteri-menteri minyak dari Qatar, Rusia dan Venezuela bersetuju untuk membekukan pengeluaran pada paras Januari dan berharap pengeluar utama yang lain akan ikut serta.


"Pembekuan masa kini pada paras Januari adalah mencukupi untuk pasaran, kami percaya," katanya.

"Kami mengakui hari ini bekalan semakin menurun kerana harga semasa. Kami juga mengakui bahawa permintaan semakin meningkat.

"Sebab kami bersetuju untuk membekukan potensi pengeluaran adalah mudah, ia adalah permulaan proses yang kita akan nilai dalam tempoh beberapa bulan akan datang dan membuat keputusan jika kita memerlukan langkah-langkah lain untuk menstabilkan dan meningkatkan pasaran," kata Naimi.

"Ini adalah sangat penting, kita tidak mahu pusingan ketara dalam harga, kami mahu memenuhi permintaan. Kami mahu harga minyak yang stabil," katanya.

Artikel Sebelum

Pemain Tembak Pengadil Kerana Kad Merah

Artikel Berikut

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain