suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suspek Serangan Di Paris Mati Dalam Satu Serbuan Polis

Gambar fail tanpa tarikh seorang lelaki yang digambarkan sebagai Abdelhamid Abaaoud yang telah diterbitkan dalam majalah dalam talian militan Negara Islam, Dabiq dan disiarkan di sebuah laman web media sosial. -Reuters
PARIS: Suspek dalang serangan yang mengorbankan 129 nyawa di Paris adalah antara yang terbunuh dalam satu serbuan polis di pinggir bandar ibu negara Perancis pada Rabu, menurut pendakwaraya Paris dalam satu kenyataan, Khamis.

Abdelhamid Abaaoud, militan Belgium berusia 28 tahun yang dengan bongkaknya mahu menyerang Eropah bagi pihak militan Negara Islam (IS), dituduh mendalangi pengeboman dan tembakan pada Jumaat.

Polis mengesyaki dia sedang berada di Syria, tetapi siasatan membawa mereka ke sebuah rumah di St Denis, pinggir bandar Paris dan pegawai bersenjata menyerbu bangunan itu dalam kejadian sebelum subuh, mencetuskan letupan dan pertempuran besar-besaran.

"Abdel Hamid Abaaoud baharu sahaja dikenal pasti secara rasmi, selepas membandingkan cap jari, sebagai telah terbunuh dalam serbuan polis," kata kenyataan itu.

"Kita telah menjumpai mayatnya di dalam sebuah bangunan yang penuh dengan peluru."

Artikel Lain