PARIS: Muzium awam dan beberapa pusat budaya lain akan dibuka semula kepada orang ramai pada petang Isnin - tiga hari selepas seragan pengganas berlaku pada Jumaat.
Kementerian Kebudayaan Perancis berkata, muzium itu akan dibuka pada pukul 1 petang Isnin.
Panggung wayang yang diarahkan ditutup selama 24 jam selepas serangan itu juga telah dibuka untuk orang ramai bermula Ahad.
Selain itu, sekolah, pusat kemudahan sukan dan pusat membeli-belah juga akan dibuka semula bermula Isnin, dengan kawalan keselamatan diperketatkan.
Kerajaan turut mengharamkan sebarang demonstrasi dan perhimpunan dilakukan di Paris.


