suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rusia Sasar IS, Bom 53 Lokasi Di Syria

MOSCOW: Kempen pengeboman tentera udara Rusia terhadap kumpulan militan Negara Islam (IS) diteruskan dengan menyasarkan 53 lokasi di Syria dalam tempoh 24 jam.

Moscow menerusi kenyataan Kementerian Pertahanannya mengesahkan jet pejuang Rusia melancarkan serangan udara di wilayah Hamas, Homs, Latakia dan Idlib serta memusnahkan sebilangan pos kawalan, kubu pertahanan, kem latihan dan depot simpanan senjata pengganas.

Menurut negara itu, siri serangan udara itu telah menjejaskan rangkaian bekalan kepada pejuang IS.

“Sejak beberapa hari lalu, pengganas terdesak untuk menyeludup masuk senjata, peluru, bahan api dan peralatan ketenteraan lain dari wilayah Raqa ke barisan hadapan untuk digunakan dalam pertempuran dengan tentera Syria.

“Serangan udara oleh Rusia telah memusnahkan sebahagian besar senjata, peluru dan bahan api IS,” kata kementerian itu. -- AFP



Syria, IS, Rusia, bom

Artikel Berikut

Artikel Lain