suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seorang Maut, Tujuh Cedera Gudang Terbakar Di Singapura

Letupan berlaku dalam kebakaran di sebuah gudang di Jurong, Singapura. - The Straits Times/Asia News Network.

SINGAPURA: Seorang maut manakala tujuh lagi cedera dalam kebakaran di sebuah gudang di Jalan Tanjong Kling di Jurong pada Isnin, kata Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) di laman Facebooknya.

"Satu kebakaran berlaku di sebuah gudang di Jalan Tanjong Kling. Anggota SCDF ketika ini berada di tempat kejadian. Lebih banyak perkembangan akan dikemaskini," kata SCDF pada pagi Isnin.

Menurut satu kenyataan Facebook oleh halaman komuniti "Taxiuncle Group" beberapa minit selepas itu, satu letupan berlaku dalam insiden tersebut.

Ia mendakwa terdapat operasi menyelamat berskala besar sedang dijalankan dan orang ramai dinasihatkan untuk berada di kawasan itu.

Sekurang-kurangnya empat jentera bomba berada di lokasi kejadian.

SCDF ketika dihubungi berkata, ia akan mengeluarkan kenyataan media berhubung insiden berkenaan. – The Straits Times/Asia News Network


SCDF

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain