suria

Donald Trump Tidak Akan Jadi Presiden AS - Obama

Barack Obama (kanan) dan Donald Trump.

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama begitu pasti mengenai satu perkara apabila bercakap tentang pilihan raya pada tahun depan, dengan membayangkan Donald Trump tidak akan berjaya menyandang jawatan yang disandang beliau di Rumah Putih.

Jutawan selebriti itu sedang bersaing merebut pencalonan bertanding jawatan Presiden AS mewakili Parti Republicannya pada pilihan raya Presiden AS 2016.

Kenyataan kontroversi Trump mengenai berapa isu antaranya imigresen, kawalan senjata dan wanita menyebabkan beliau dikritik banyak pihak.

"Dia tahu bagaimana untuk meraih perhatian. Dia, anda tahu yang dia seorang watak rancangan realiti TV, dan pada peringkat awal ini, tidak terkejut bila dia mendapat banyak perhatian," kata Obama mengenai Trump dalam satu temuramah dalam program berita "60 Minutes" di saluran CBS pada Ahad.

"Saya tidak fikir dia akan berakhir menjadi Presiden Amerika Syarikat," katanya.

Kenyataan-kenyataan panas Trump mengenai imigresen dan beberapa isu lain mendominasi kempen pemilihan dan pada masa yang sama menyinggung perasaan ramai rakyat di negara itu.

Bagaimanapun kedudukan Trump dalam perebutan pencalonan yang agak stabil apabila ia meningkat lebih tinggi berbanding pencabar-pencabar lain.

Obama bagaimanapun tidak menyebut nama Trump secara langsung dalam ucapannya sebaliknya mengecam suara wakil Parti Republican. - AFP


Barack Obama, Donald Trump

Artikel Lain