suria

Ahli Parlimen UK Cetus Kontroversi Kerana Kenyataan Rasis Di Twitter

Jeremy Hunt (kanan) dan isteri, Lucia Guo (kiri) menjadi mangsa kenyataan rasis di Twitter oleh Ahli Parlimen UK, Helen Goodman.

SEORANG Ahli Parlimen parti Buruh di United Kingdom mencetuskan kontroversi apabila mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman di akaun Twitter miliknya.

Portal Mirror melaporkan Helen Goodman yang merupakan Ahli Parlimen Bishop Auckland di County Durham mengeluarkan komen "Jika China begitu baik, kenapa isteri Jeremy Hunt datang ke England?"

Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Kesihatan, Jeremy Hunt mencadangkan supaya warga Britain seharusnya bekerja keras seperti orang China berikutan potongan untuk kredit cukai.

Isteri Hunt, Lucia Guo merupakan kelahiran China yang dikahwininya sejak 2009.

Hunt pada minggu ini berkata: "Isteri saya adalah orang China. Kita mahu Britain menjadi salah sebuah negara yang paling berjaya di dunia dalam tempoh 20, 30, 40 tahun.

Kenyataan Goodman yang berbaur perkauman di Twitter menimbulkan kemarahan beberapa pengikut laman sosial itu.

Nadhim Zahawi yang merupakan Ahli Parlimen parti Tory bagi Starford-on-Awon berkata: "Helen ia merupakan sesuatu yang teruk untuk diperkatakan. Saya harap anda memadamkannya (kenyataan) dan memohon maaf kepada isteri Hunt. Adakah (Twitter) anda digodam?

Pemimpin parti Liberal Demokrat, Tim Farron turut memberikan respons: Kenyataan Twitter yang teruk daripada Helen Goodman. Jangan serang keluarga ahli politik. Saya harap dia (Goodman) memohon maaf."

Helen Goodman, Jeremy Hunt, Lucia Guo

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain