suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Indonesia Dakwa 12 Syarikat, 209 Individu

JAKARTA: Sebanyak 12 syarikat termasuk dua firma asing dan 209 individu didakwa menyebabkan kebakaran hutan yang menjadi punca utama jerebu di sekitar rantau ini.

Ketua Polis Indonesia, Badrodin Haiti bagaimanapun enggan mendedahkan nama serta negara asal syarikat berkenaan.

“Beberapa syarikat asing dari Malaysia, China dan Singapura masih lagi dalam siasatan,” katanya.

Menurutnya, semua tertuduh bakal didakwa melanggar undang-undang perlindungan hutan dan berdepan hukuman penjara 10 tahun serta denda hingga Rp10 bilion (RM3.1 juta).

Sementara itu, 26 syarikat disiasat dan 218 syarikat lagi dalam proses siasatan.

Setakat ini, katanya, empat syarikat lagi kini menunggu keputusan pendakwa raya yang mahu mendakwa firma itu atau tidak.

Indonesia, jerebu

Artikel Sebelum

Artikel Lain