suria

Gempa Nepal: Wanita Terselamat Selepas Tertimbus 50 Jam

Seorang wanita dibawa oleh pasukan menyelamat selepas tertimbus dalam runtuhan bangunan selama 50 jam akibat gempa bumi yang melanda Nepal, Sabtu lalu.

MENAKJUBKAN apabila seorang wanita terselamat selepas tertimbus dalam runtuhan bangunan selama 50 jam akibat gempa bumi yang melanda Nepal, Sabtu lalu.

Portal MAIL Online melaporkan bahawa satu rakaman video menunjukkan pasukan menyelamat dari Pasukan Tindakan Bencana Kebangsaan (NDRF) mengusung keluar seorang wanita warga tempatan dalam keadaan sedarkan diri malah masih boleh bercakap, dari runtuhan bangunan.

Penolong komandan NDRF, Kulish Anand berkata: "Kita mendapat maklumat mengenai seorang wanita terperangkap antara dua blok konkrit. Terdapat beberapa ruang udara di sebalik runtuhan itu dan dia masih hidup."

Wanita itu mendapat rawatan di lokasi kejadian dan kemudiannya dibawa ke hospital di Kathmandu.

Wanita berkenaan merupakan salah seorang daripada jutaan penduduk Nepal yang melalui pengalaman gempa bumi berukuran 7.8 magnitud di negara itu pada tengah hari Sabtu lalu. - MAIL ONLINE

Nepal

Artikel Lain