suria

Reben Merah Jambu Petanda Bayi Perempuan Bakal Lahir

KAWASAN di luar Hospital St Mary's semakin sesak dengan khemah apabila orang ramai dari seluruh pelusuk dunia menunggu dengan penuh teruja kelahiran bayi kedua pasangan diraja, Putera William dan Kate Middleton.

Pelbagai gelagat dapat dilihat, ada di kalangan peminat pasangan Duke dan Duchess of Cambridge itu yang memakai pakaian yang melambangkan bendera Union Jack, ada juga yang memakai baju dengan wajah Putera George yang bertulis "Saya yang pertama berada disini".

Salah seorang pekerja istana berkata, pasangan diraja itu menyedari kehadiran orang ramai yang berkumpul diluar hospital dan memutuskan untuk menghantar 10 cawan teh dan dua kotak pastri kepada mereka yang setia menunggu di luar.

Malahan, ada yang mengganggap pasangan itu memberikan bayangan mengenai jantina bayi yang bakal lahir apabila menggunakan reben merah jambu untuk mengikat kotak pastri tersebut.

Salah seorang yang berkhemah di luar hospital, John Loughrey, berkata mereka seakan tidak percaya apabila menerima hidangan daripada pasangan diraja itu dan menyatakan ia perbuatan yang baik.

Kate yang dijangka melahirkan bayi kedua pada 23 April lalu, bagaimanapun hingga kini mereka masih sabar menunggu kehadiran ahli terbaharu keluarga diraja itu.

Malang bagi Putera Harry kerana akan terlepas kelahiran bayi kedua abangnya apabila terpaksa ke Australia untuk meneruskan latihan ketenteraan.







Artikel Berikut

Artikel Lain