suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat Minyak Tentera AS Hilang Dari Radar

Gambar fail pesawat minyak Tentera AS jenis Boeing KC-135R Stratotanker.

SEBUAH pesawat minyak Tentera Amerika Syarikat (AS) hilang dari radar ketika melalui Selat Inggeris pagi Rabu.

Portal Mail Online melaporkan pesawat KC-135 Stratotanker itu meninggalkan Amiens di utara Perancis pada pukul 11.05 malam waktu Britain (7.05 pagi waktu Malaysia). 

Berdasarkan laman web pengesanan penerbangan, ia kali terakhir dilaporkan terbang antara Dover, United Kingdom (UK) dan Calais, Perancis 15 minit kemudian.

Bagaimanapun masih belum dikenal pasti punca pesawat yang terbang menggunakan kod QID72 dan berpangkalan di Mildenhall di Suffolk, UK itu hilang dari radar pada pukul 11.20 malam (7.20 pagi waktu Malaysia).

Pesawat berlepas dari Amiens dan kali terakhir dilaporkan terbang antara Dover dan Calais 15 minit kemudian.

Memetik laporan Daily Express, pesawat itu didakwa mengalami kecemasan dalam penerbangan ketika melalui Selat Inggeris.

Tentera AS mengggunakan pesawat Boeing KC-135R sejak 1950-an dan pada awalnya ia dibeli untuk menyokong pengebom dari Perintah Udara Strategik.

Pada 2013, tiga tentera udara AS maut apabila pesawat minyak mereka terhempas di pergunungan Kyrgyzstan.

Pasukan penyiasat mendapati nahas berpunca daripada masalah pada sistem kawalan pesawat. - MAIL ONLINE

pesawat minyak tentera as

Artikel Lain