suria

Gempa Nepal: Penduduk Pindah Keluar Dari Kathmandu Mungkin Cecah Lebih 300,000

Ramai penduduk Nepal mula berpindah keluar dari Kathmandu kerana desakan hidup akibat gempa bumi yang melanda negara itu Sabtu lalu. Foto AFP

PENDUDUK di Kathmandu mula meninggalkan ibu negara Nepal berikutan desakan hidup dan kebimbangan terhadap wabak penyakit akibat gempa bumi yang melanda negara itu pada Sabtu lalu.

Portal The Guardian.com.uk melaporkan lebih 100,000 penduduk telah meninggalkan Kathmandu, di mana anggaran bilangan itu boleh mencecah 300,000 orang iaitu 10 kali ganda daripada populasi bandar itu.

Seorang pegawai bandar berkata, lebih 300 bas dipenuhi penumpang melalui lebuh raya utama bagi menghala keluar dari Kathmandu sejak pagi Selasa.

Jumlah itu adalah hampir 10 kali ganda berbanding pergerakan di lebuh raya itu pada hari-hari biasa.

Kebanyakan mereka menuju ke wilayah yang terletak jauh dari Kathmandu yang merupakan kampung halaman masing-masing. 

"Mereka pergi secara bertalu-talu. Saya tidak pernah melihat keadaan seperti ini," kata pegawai bandar Tara Bhattrai.

"Mereka menghala ke semua destinasi."

Kerajaan menyediakan pengangkutan secara percuma dan banyak syarikat menukarkan harga tambang mereka.

"Saya bimbang dengan kehidupan yang sukar di Kathmandu. Kami menyewa di sini (Kathmandu) tetapi rumah kami sendiri di bahagian barat, terselamat dari gempa bumi. Ibu bapa kami bimbang mengenai keadaan kami," kata Lokraz Pant yang merupakan pelajar kejuruteraan berusia 20 tahun.

Sarlahi Singh, 30, seorang pakar sains yang berkhidmat dengan kerajaan berkata: "Saya pulang ke rumah untuk makanan dan perlindungan. Di sini tiada makanan dan tiada sokongan kerajaan." - theguardian.com.uk



Nepal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain