suria

Mohammed Nayef Dilantik Sebagai Putera Mahkota Baharu

Raja Salman membuat perubahan drastik dalam pentadbirannya.

RAJA Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud menamakan Putera Mohammed Nayef sebagai Putera Mahkota yang baharu. 

Perlantikan itu bagi menggantikan adik tirinya, Muqrin Bin Abdulaziz.

Putera Nayef yang juga anak saudara kepada Raja Salman sebelum ini menjadi Timbalan Putera Mahkota dan juga Menteri Dalam Negeri bagi pentadbiran Arab Saudi.

Dengan perlantikan itu, Putera Nayef menjadi cucu pertama kepada pengasas Kesultanan Arab Saudi, Almarhum Sultan Abdulaziz Al-Saud bagi menyandang kedudukan tersebut.

Manakala anak Raja Salman, Putera Mohammed dilantik sebagai Timbalan Putera Mahkota yang baharu.

Artikel Lain