suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempa Nepal: Michelle Yeoh Dan Tunang Terkandas

Yeoh (kanan) dan Todt.

SINGAPURA: Bintang Hollywood kelahiran Malaysia dan tunangnya dilaporkan terkandas di Nepal, berikutan gempa bumi yang menggegarkan negara itu pada Sabtu lalu.

Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) pada Ahad lalu mengeluarkan kenyataan memaklumkan bahawa satu Kongres Sukan Rantau Asia Pasifik di Kathmandu, ibu negara Nepal, dan ia dihadiri presidennya, Jean Todt dan duta keselamatan jalan raya, Michelle Yeoh.

Yeoh membintangi filem James Bond, Tomorrow Never Dies pada 1997 dan filem Crouching Tiger, Hidden Dragon pada 2000.

Kenyataan itu menambah bahawa semua anggota FIA dan delegasi kongres berada dalam keadaan selamat. – The Straits Times/Asia News Network


Michelle Yeoh, Nepal, Jean Todt

Artikel Berikut

Emel Obama Diceroboh

Artikel Lain