suria

Emel Obama Diceroboh

Barack Obama

WASHINGTON: Fail sulit Rumah Putih, termasuk milik Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama didakwa diceroboh sekumpulan penggodam Rusia.

Emel Obama turut diceroboh dalam insiden serangan siber yang dilancarkan sejak tahun lalu itu.

Melaporkan kejadian itu, Reuters bagaimanapun memetik jurucakap Rumah Putih memberitahu tiada bukti menunjukkan akaun emel pemimpin itu telah digodam.

Pada bulan lalu, pendedahan berhubung insiden tersebut telah disahkan.

"Tiada maklumat sulit terjejas," katanya.

Sementara itu, The New York Times melaporkan kejadian serangan siber tersebut lebih membimbangkan daripada apa didedahkan kepada umum.


 

Obama, emel, penggodam, Rusia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain