suria

Pattani: Empat Maut, Empat Cedera Dalam Tiga Kejadian Berasingan

Anggota-anggota keselamatan Thai membuat kawalan ketat lokasi yang berlaku letupan bom pada Sabtu.

PATTANI: Empat maut dan empat cedera dalam kejadian keganasan di beberapa daerah di sini sejak malam Sabtu hingga awal pagi Ahad. 

Dalam kejadian jam 2.00 pagi tadi, Matsakri Deraning, 45, Ketua Kampong Rawo, daerah Mayo, terbunuh setelah diserang hendap dalam perjalanan pulang kerumah selepas bertugas mengawal keselamatan sekolah. 

Kapt. Polis Jirasit Lomae, Pegawai Polis Siasatan Daerah Mayo berkata mangsa ditembak oleh dua lelaki yang bersembunyi di tepi jalan 50 meter dari rumah mangsa. 

Walaupun Matsakri terkena tembakan beliau sempat membalas dan berjaya membunuh kedua-dua penyerangnya yang mati di tempat kejadian.

Matsakri meninggal dunia di hospital Mayo.  

Menurut Jirasit motif kejadian masih disiasat - sama ada pertikaian peribadi dalam merebut kuasa politik tempatan atau kes keselamatan.  

Sementara itu, malam Sabtu seorang anggota polis dan isterinya tercedera selepas terkena serpihan bom semasa menaiki motosikal pada jam 9.20 malam waktu tempatan di daerah Panarik.  

Pihak polis berkata bom seberat satu kg diletak dalam tong sampah. 

Dalam satu lagi kejadian pada 7 malam, seorang wanita berusia 55 tahun terbunuh setelah empat lelaki bermotosikal melepaskan tembakan ke arah rumahnya di Kampong Takeh, daerah Yaring.  

Ketua Polis Yaring Polis Col. Monteri Konwadmai berkata adiknya berusia 44 tahun dan adik iparnya 48 tahun yang turut berada dalam rumah cedera.

Pattani

Artikel Lain