suria

Mayat Lima Bayi Ditemui Di Sebuah Rumah

PARIS: Polis menemui mayat lima bayi di sebuah rumah di barat daya Perancis, demikian menurut sumber yang rapat dengan kes itu.

Kes itu dilihat sebagai kejadian paling buruk di negara ini dalam tempoh lima tahun.

Selepas mayat seorang bayi yang baru lahir ditemui dalam sebuah beg haba awal, pegawai penyiasat menemui empat lagi mayat bayi dalam pencarian mereka di sebuah rumah di Louchats, berhampiran bandar Bordeaux, kata sumber itu.

Maklumat sumber itu juga akhirnya mengesahkan laporan awal saluran televisyen Perancis - iTele.

Sumber itu menambah bahawa empat mayat bayi itu ditemui di dalam peti sejuk.

Seorang bapa berusia 40 tahun ditahan sementara ibu yang berusia 35 tahun dimasukkan ke hospital, kata sumber itu.

Dilaporkan lelaki yang ditahan itu pada mulanya menemui sebuah beg yang mengandungi mayat bayi pertama yang baru lahir awal pada hari Khamis di rumah keluarganya, kata sumber yang rapat dengan penyiasatan itu kepada AFP.

Manakala ibu kepada bayi itu difahamkan 'melahirkan bayinya seorang diri' kata sumber itu sambil menambah bahawa dia telah dibawa ke hospital di Bordeaux untuk pemeriksaan sakit puan dan psikiatri.

Wanita itu 'pada peringkat ini nampaknya tidak mempunyai sejarah penyakit mental.

Autopsi akan dilakukan pada Jumaat bagi menentukan sama ada bayi-bayi itu dilahirkan hidup atau tidak.

Pasangan itu mempunyai dua orang anak perempuan berumur 13 dan 15.

Kes yang paling teruk dalam sejarah pembunuhan bayi Perancis bermula sejak 2010, apabila seorang ibu mengaku membunuh lapan bayinya serta-merta selepas mereka dilahirkan.

Mayat bayi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain