suria

Bekas PM Australia Meninggal Dunia

Malcolm Fraser

SYDNEY: Bekas Perdana Menteri Australia, Malcolm Fraser, meninggal dunia pada Jumaat selepas jatuh sakit pada usia 84 tahun, demikian menurut kenyataan pejabatnya.

"Dengan dukacitanya kami memaklumkan bahawa selepas jatuh sakit, John Malcolm Fraser meninggal dunia dengan tenang pada awal pagi 20 Mac 2015," menurut kenyataan itu.

Fraser berkhidmat sebagai pemimpin di negara ini dari 1975 sehingga 1983.

Beliau kemudiannya digantikan oleh Bob Hawke.

Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, Fraser mengurangkan perbelanjaan fiskal dan dan merupakan penyokong kuat hak asasi manusia.

Malcolm Fraser

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain