suria

Kerajaan Australia: Pembekuan Caj Penumpang Akan Rancakkan Pelancongan

MELBOURNE: Kerajaan Australia telah mengesahkan Caj Pergerakan Penumpang (PMC) ke atas pengembara ke Australia akan dibekukan untuk penggal sepenuhnya Parlimen masa ini.

Menteri Perdagangan dan Pelaburan, Andrew Robb, yang juga menteri kabinet persekutuan, bertanggungjawab untuk pelancongan, menggariskan komitmen itu ketika mempengerusikan mesyuarat menteri-menteri pelancongan negeri Australia di Canberra pada Jumaat.

Kerajaan Buruh sebelum ini telah menaikkan PMC dua kali dengan sejumlah 45 peratus yang telah menjejaskan kedatangan pelancong ke Australia.

"Industri pelancong Australia ialah antara kekuatan utama negara. Ia adalah industri eksport perkhidmatan terbesar kami dengan penggunaan pelawat antarabangsa berjumlah A$26 bilion, mewakili lebih lapan peratus daripada jumlah eksport Australia pada 2011-2012," kata Rob.

"Membekukan PMC akan menjadikan destinasi pelancongan Australia lebih kompetitif untuk pengembara antarabangsa. Ini akan membantu mengembangkan industri Australia," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain