suria

Empat Adik-Beradik Perempuan Cedera Diserang Asid

NEW DELHI: Satu serangan asid menyebabkan empat adik-beradik perempuan di utara India mengalami kecederaan terbakar, kata polis pada Rabu, yang menyifatkan ia merupakan contoh keganasan dalam masalah yang berleluasa di Asia Selatan.

Adik yang paling bongsu, 19 dimasukkan ke hospital dengan beberapa kecederaan selepas dua lelaki yang menunggang motosikal menyimbah mereka dengan asid pada petang Selasa di daerah Shamli di Uttar Pradesh, kira-kira 100 kilometer dari ibu negara India.

Adik-beradik itu yang berusia antara 19 dan 24 sedang pulang ke rumah dari sekolah di mana tiga daripada mereka bekerja sebagai guru. Seorang lagi merupakan pelajar.

"Kesemua mangsa sedang berjalan bersama apabila dua lelaki yang menunggang motosikal membuat gangguan dan mereka melemparkan asid,” kata Abdul Hameed, pegawai polis kanan yang sedang menyiasat kes berkenaan, kepada AFP.

"Mangsa yang paling bongsu mengalami kebakaran paling maksimum dan dia dikejarkan ke sebuah hospital di New Delhi,” kata Hameed yang turut menyatakan tiada tangkapan dibuat dan motif jenayah itu masih tidak dikenal pasti.

Serangan ke atas wanita menjadi agenda negara itu sejak Disember tahun lepas apabila seorang pelajar jurusan perubatan diserang dan dirogol oleh enam lelaki di sebuah bas yang sedang bergerak di New Delhi.

Wanita itu meninggal dunia dua minggu kemudian kerana mengalami kecederaan parah. - AFP

Artikel Lain