suria

Pengebom Berani Mati Iraq Letupkan Diri - 3 Terbunuh 100 Lagi Cedera

KIRKUK (Iraq): Seorang pengebom berani mati telah meletupkan dirinya dari dalam sebuah kereta di utara negara ini pada Isnin - mengorbankan dua orang anggota polis dan seorang wanita manakala 100 lagi dilaporkan cedera.

Pengebom berani mati itu telah merempuh sebuah balai polis di sebuah pekan bernama Dibis berhampiran bandar ini, kata seorang pegawai kanan daerah, Abdullah al-Salehi kepada agensi berita AFP.

Sebahagian besar mangsa adalah murid-murid sekolah menengah wanita Kurdish, yang terletak bersebelahan dengan balai berkenaan, kata Abdullah lagi.

Letupan itu dilaporkan berlaku pada kira-kira jam 10 pagi.

Dibis terletak dalam wilayah yang ingin menyertai wilayah autonomi Kurdish tetapi permintaan tersebut ditolak oleh Baghdad.

Letupan terbaru ini berlaku sehari selepas satu lagi serangan yang serupa mengorbankan 11 nyawa di wilayah yang sama.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain