suria

Pertumbuhan Ekonomi India Boleh Melonjak Semula Ke 8 Peratus - Presiden

NEW DELHI: Ekonomi India akan melonjak semula kepada paras pengembangan lapan peratus kerana dorongan pertumbuhan asasnya masih utuh, kata Presiden India, Pranab Mukherjee.

"Sungguhpun pertumbuhan ekonomi kita telah menyusut sedikit, saya yakin kita akan boleh mengekang kemerosotan itu dan bergerak semula ke paras pertumbuhan 8 peratus yang telah kita capai beberapa kali sebelum ini," katanya.

India melihat pertumbuhan purata 8.3 peratus antara 2004-2011 tetapi untuk tahun kewangan berakhir Mac 2013, Keluaran Dalam Negara Kasarnya dijangka tumbuh hanya lima peratus, yang paling rendah sepanjang satu dekad.

India tidak terkecuali daripada tempias kelembapan ekonomi global, katanya pada pelancaran Pameran Kejuruteraan dan Teknologi Antarabangsa ke-20, di sini, Jumaat.

Bagaimanapun, dorongan pertumbuhan bagaimanapun kekal kukuh berikutan peningkatan berterusan pendapatan per kapita, menambah pengguna kelas pertengahan dan tenaga kerja yang muda dan bertenaga, kata Mukherjee. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain