suria

Syarikat Penerbangan AS Batal Penerbangan Berikutan Ribut

RIBUT besar menuju Timur Laut telah mengganggu perjalanan udara, dengan lebih 2,100 penerbangan untuk Jumaat dibatalkan.

United Airlines berkata ia telah membatalkan 900 penerbangan bagi Jumaat berikutan ribut.

Delta Air Lines Inc membatalkan 740 penerbangannya.

American Airlines membatalkan kira-kira 200 penerbangan, mengikut laman web pengesan penerbangan FlightAware.

New England mungkin diliputi salji sehingga ketinggian dua kaki, manakala New York City adalah berada di bawah amaran ribut salji.

Sehingga lewat Khamis, 2,134 penerbangan Jumaat untuk masuk, keluar atau di antara AS telah dibatalkan, mengikut FlightAware.

Antara lapangan terbang yang membuat pembatalan yang paling banyak ialah Newark Liberty, New York LaGuardia dan JFK dan Boston Logan International.

Pada Khamis, masalah cuaca terbesar berlaku di Chicago. Di O'Hare telah melihatkan 108 pelepasan dibatalkan.

Syarikat penerbangan mengeluarkan apa yang dipanggil "pengecualian cuaca," membenarkan penumpang yang terbang di kawasan-kawasan yang terjejas akibat ribut untuk menukar tarikh penerbangan mereka tanpa membayar yuran perubahan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain