suria

Banduan Larikan Diri Hampir 16 Tahun Ditahan Semula

HOUSTON: Seorang banduan yang melarikan diri dari penjara Texas hampir 16 tahun ditahan oleh pegawai polis di Mexico dan menunggu ekstradisi ke Amerika Syarikat (AS) untuk menyambung tempoh tahanannya atas dakwaan membunuh seorang pegawai polis.

Juan Salaz berjaya ditahan semula minggu lalu.

Lelaki berusia 37 tahun itu yang juga warga AS menjadi buruan polis di kedua-dua negara setelah sekian lama.

Salaz melarikan diri pada 22 Mac 1997 dari penjara Timur Garza di Selatan Texas dengan memanjat tembok yang dipasang kawat berduri setinggi lima meter.

Pada waktu itu, dia menjalani hukuman penjara 35 tahun kerana menculik dan membunuh seorang pegawai polis pada 1995.

Dia kini akan berdepan dakwaan melarikan diri disamping menghabiskan baki tempoh tahanannya.

Berdasarkan keterangan di mahkamah pada 2 April 1995, Salaz dan seorang lagi rakannya, Geronimo Soto Alvarado menculik seorang lelaki dan meminta wang tebusan.

Pegawai penjara berkata sumber memberitahu bahawa Salaz bersembunyi di luar Mexico tetapi berjaya meloloskan diri dari dikesan polis.

Usaha memburu Salaz melibatkan Marshal AS, Inspektor Jeneral Penjara Texas dan agensi penguatkuasaan undang-undang Mexico.

Salaz akan kembali ke Texas untuk menjalani hukuman penjara sebaik saja kerajaan Mexico meluluskan proses ekstradisinya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain