10 Maut Tsunami Landa Kepulauan Solomon - Dunia | mStar

10 Maut Tsunami Landa Kepulauan Solomon

HONIARA: Agensi-agensi bantuan bencana pada Khamis dikerahkan ke kawasan yang terjejas akibat tsunami di Kepulauan Solomon manakala kerajaan negara ini memberi amaran peningkatan angka kematian, terutama melibatkan penduduk di kawasan pedalaman.

Pegawai-pegawai kerajaan berkata, sehingga kini sebanyak sepuluh mangsa disahkan terkorban manakala empat lagi hilang dalam bencana yang melanda pesisir pulau Ndende, di bahagian timur Solomon.

Agensi bantuan World Vision pula berkata, sesetengah kediaman di bandar Venga dilambung ombak tsunami setinggi 10 meter, manakala semua kediaman di perkampungan Nela musnah sama sekali dalam bencana akibat gempa berukuran 8.0 skala Richter itu yang berlaku semalam. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Ustazah sekolah dikhuatiri hilang