suria

Pesawat Ringan Terhempas, LimaTerbunuh di Belgium

Sebuah pesawat ringan terhempas di Lapangan Terbang Charleroi Belgium pada Sabtu, menyebabkan lima orang terbunuh.
Sebuah pesawat ringan terhempas di Lapangan Terbang Charleroi Belgium pada Sabtu, menyebabkan lima orang terbunuh.
Sebuah pesawat ringan terhempas di Lapangan Terbang Charleroi Belgium pada Sabtu, menyebabkan lima orang terbunuh.

BRUSSELS: Sebuah pesawat ringan terhempas di Lapangan Terbang Charleroi Belgium pada Sabtu, yang menyebabkan lima orang terbunuh dan landasan yang digunakan oleh Ryanair di terminal tambang murah terpaksa ditutup.

Pesawat ringan, Cessna dipercayai menghadapi msaalah ketika berlepas dan cuba berpatah balik ke Charleroi untuk melakukan pendaratan kecemasan di bahagian tepi landasan, kata wakil lapangan terbang.

"Ada masalah yang dikesan ketika pesawat berlepas dan juruterbang cuba berpatah balik, malangnya ia terhempas.

"Kejadian itu menyebabkan lima orang terbunuh,” kata jurucakap lapangan terbang, Melissan Milioto.

Agensi berita Belgium melaporkan mereka yang terbunuh terdiri daripada tiga kanak-kanak, ibu dan datuk mereka yang mana kesemuanya rakyat Belgium.

Lapangan terbang ditutup sejurus nahas berlaku pada pukul 1000 CET (0900 waktu tempatan).

Beberapa penerbangan juga terpaksa dibatalkan, dan satu lagi penerbangan terpaksa ditangguhkan, ketika musim cuti sekolah penggal pertama di Belgium bermula.

Lapangan Terbang Charleroi dijangka akan dibuka semula pada Ahad.

"Keutamaaan kami adalah mengenalpasti punca. Penerbangan lain dilencongkan ke Liege dan Brussels,” kata Milioto.

Ryanair, yang merupakan syarikat terlibat bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk mengulas mengenai insiden berkenaan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain