suria

Empat Ditahan Rogol Berkumpulan di India

NEW DELHI: Polis di sini Jumaat menahan empat lelaki selepas mereka dipercayai terlibat dalam satu kes rogol berkumpulan membabitkan seorang ibu muda berusia 24 tahun selepas mengejar sebuah kereta yang digunakan untuk membawa mangsa.

Insiden yang berlaku pada malam Rabu itu berlaku kurang dua bulan daripada kejadian sama yang berlaku ke atas seorang pelajar perubatan yang dirogol secara ganas di dalam sebuah bas yang mengakibatkan wanita tersebut meninggal dunia semasa mendapat rawatan di Singapura.

Lelaki itu memasuki ibu negara ini selepas merogol wanita berkenaan namun mereka gagal menghentikan kenderaan mereka pada salah satu pusat pemeriksaan yang diwujudkan ekoran serangan pada 16 Disember lalu.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan daripada mana suspek membawa mangsa mereka. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain