suria

Suu Kyi Gemar Baca Buku Harry Potter

Suu Kyi. Foto EPA
Suu Kyi. Foto EPA
Suu Kyi. Foto EPA

YANGON: Tokoh demokrasi Aung San Suu Kyi membuat pendedahan bahawa beliau amat menyukai buku siri Harry Potter tulisan JK Rowling ketika memberitahu mengenai bacaan kegemarannya pada festival kesusasteraan antarabangsa di Myanmar yang pertama pada Sabtu.

Beliau membuat jenaka bahawa “keberanian” beliau dalam berhadapan dengan kesukaran sebelum ini dibandingkan dengan watak-watak utama bagi siri buku fantasi yang paling laris dijual itu.

“Saya perlu mengakui kepada anda bahawa saya membaca semua buku Harry Potter,” katanya kepada hadirin di Festival Kesusasteraan Irrawady di Yangon.

“Saya pastinya tidak tahu bagaimana saya boleh begitu cukup berani untuk melakukan semua perkara yang kanak-kanak itu lakukan... jadi apabila orang bercakap mengenai keberanian saya, saya fikir sendiri bahawa ‘mereka tidak tahu apa-apa mengenai Harry Potter’,” katanya.

Ketua pembangkang Myanmar itu berkata, George Eliot dan Victor Huga merupakan antara penulis buku kegemarannya, yang turut mendedahkan bahawa ingin membaca buku-buku detektif, yang mana membantu beliau mengenai “siapa yang akan mendapat keuntungan daripada sesuatu jenayah tertentu... dan apakah kecenderungan orang ramai,”, keduanya, “mesej yang amat baik untuk semua ahli politik.

Penganjur berkata, mereka mahu festival itu mendedahkan Myanmar mengenai kebebasan baru untuk lebih berani dalam penulisan dan debat. - AFP

Artikel Lain