suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

2 Terbunuh, 10 Cedera Serangan Bom Di Selatan Thai

BANGKOK: Dua pesawah dilapor terbunuh sementara 10 yang lain cedera apabila mereka diserang hendap di Pattani.

Ketua Polis Yaring, Kol Manat Nakatan hari ini berkata mereka dalam perjalanan dengan sebuh pikap apabila empat orang bersenjata M-16 yang menaiki dua motosikal menyerang mereka di Kampung Baloi, Yaring pada pukul 4.30 petang.

Mereka yang terbunuh dikenali sebagai Nai Sane Khunneng, 50, dan Nai Akarin Homchai, 25.

Pemandu pikap tersebut yang cedera membawa para mangsa dengan kenderaannya hingga ke Hospital Yaring.

Kesemua yang cedera termasuk seorang wanita kemudiannya dipindahkan ke Hospital Pattani. Lebih 5,000 orang terbunuh sejak puak pemisah yang disyaki meneruskan kempen mereka untuk mendapatkan kemerdekaan di tiga wilayah selatan Pattani, Yala dan Narathiwat sejak sembilan tahun lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain