suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Datuk Bandar New York Ed Koch Meninggal Dunia

Ed Koch. Foto AP
Ed Koch. Foto AP
Ed Koch. Foto AP

NEW YORK: Bekas Datuk Bandar New York, Ed Koch, juga seorang ahli politik yang terkenal dengan sikapnya yang suka berdebat, dan sumbangannya kerana menyelamatkan bandar raya itu daripada kemelesetan kewangan semasa tempoh tiga penggalnya, meninggal dunia pada usia 88 tahun tahun.

Jurucakap George Arzt berkata, Koch meninggal dunia pada pagi Jumaat kerana masalah jantung.

Sepanjang khidmatnya di Dewan Bandar Raya, Koch memberi semangat New York kepada seluruh dunia.

Beliau memenangi hati rakyat kerana sikapnya yang bersemangat dan bertenaga.

Semasa penglibatannya sebagai Datuk Bandar, dari 1978 sehingga 1989, dasar fiskal yang begitu ketat menyebabkan bandar raya itu mengalami beberapa kesukaran dalam kewangan.

Jasa beliau pada bandar raya itu diabadikan di sebuah Jambatan Queensboro, yang menghubungkan Manhattan ke Queens telah dinamakan semula dalam penghargaan Koch pada 2011. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain