suria

14 Terbunuh Bangunan Syarikat Minyak Mexico Meletup

MEXICO CITY: Sekurang-kurangnya 14 terbunuh manakala 80 lagi cedera dalam letupan membabitkan bangunan yang menempatkan ibu pejabat syarikat minyak milik kerajaan pada awal Jumaat.

Letupan itu menyebabkan tiga tingkat bangunan berkenaan rosak teruk, menyebabkan ratusan penghuni bangunan panik dan berkumpul di sepanjang jalan raya.

Beberapa laporan menyebut terdapat sekurang-kurangnya lebih 30 lagi mangsa yang masih terperangkap dalam timbunan dan sisa runtuuhan.

Letupan dikatakan bermula di tingkat bawah bangunan pentadbiran yang terletak di sebelah menana 52 tingkat milik Petroleos Mexicanos atau dikenali juga sebagai Pemex.

Seorang keluarga mangsa, Ana Vargas Palacio berkata beliau masih berusaha mencari sumianya yang hilang, Daniel Garcia Garcia, 36, yang bekerja di dalam bangunan berkenaan.

Kali terakhir beliau berhubung dengan suaminya jam 1 tengah hari.

“Saya cuba membuat panggilan menerusi telefonnya beberapa kali tapi seorang remaja lelaki menjawab bahawa dia menjumpai telefon berkenaan dalam timbunan runtuhan," katanya.

Setakat ini tiada pengesahan mengenai punca letupan namun dalam laman Twitter, Pemex berkata pihaknya sudah mengosongkan bangunan itu kerana terdapat masalah sistem elektrik. AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain