suria

Bunga Api Punca Insiden Lebuh Raya Runtuh Di China

Sekumpulan anggota penyelamat sedang menjalan operasi menyelamat di lokasi runtuhan laluan atas lebuh raya yang runtuh di China yang berpunca daripada letupan sebuah trak yang dipenuhi dengan bunga api. Foto AP

BEIJING: Sebuah trak yang dipenuhi dengan bunga api untuk sambutan Tahun Baru Lunar meletup pada Jumaat sehingga memusnahkan beberapa bahagian di laluan atas lebuh raya di tengah China, menyebabkan banyak kenderaan terjunam ke tanah dari paras 30 meter.

Penyiar televisyen, CCTV berkata, seramai lapan orang disahkan terbunuh dan 11 cedera selepas tujuh kenderaan tertimbus dalam runtuhan itu.

Jumlah kematian dikatakan akan meningkat.

Agensi berita Xinhua berkata, runtuhan itu telah memusnahkan dan membenamkan sekurang-kurangnya 25 kenderaan.

Laporan kematian itu berikutan sebuah lebuh raya timur-barat setinggi 80 meter di Mianchi di wilayah Henan runtuh yang berpunca daripada letupan sebuah trak yang dipenuhi dengan bunga api. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain