suria

Tebusan Di Algeria Sekurang-Kurangnya Dari 10 Negara

KUMPULAN militan berkata, mereka menawan 41 warga asing dijadikan sebagai tebusan di kompleks pemprosesan gas di padang pasir Algeria.

Sebahagiannya terbunuh dalam serangan tentera Algeria, walaupun bilangan kematian sebenarnya begitu ramai.

Berikut merupakan ringkasan maklumat terkini mengenai tebusan:

1. ALGERIA: Beratus-ratus rakyat Algeria bekerja di kilang gas itu, tetapi media Algeria berkata, kebanyakan mereka dibebaskan. Syarikat milik Norway, Statoil berkata, tiga pekerjanya yang merupakan rakyat Algeria merupakan tebusan.

2. NORWAY: Sembilan pekerja Statoil warga Norway merupakan tebusan, kata syarikat itu.

3. AMERIKA SYARIKAT (AS): Tujuh rakyat AS adalah tebusan, tetapi mereka mendakwa hanya dua yang terselamat dalam serangan Algeria pada Khamis. AS mengesahkan terdapat beberapa rakyatnya merupakan tebusan tetapi tidak menyatakan jumlahnya.

4. BRITAIN: “Beberapa” rakyat Britain merupakan di kalangan tebusan, kata Kerajaan United Kingdom (UK). Agensi berita Algeria berkata, dua rakyat Britain terbunuh dalam serangan pada Khamis.

5. JEPUN: Kerajaan berkata, syarikat Jepun iaitu JGC Corp, yang menyediakan perkhidmatan di kompleks itu mengesahkan tiga pekerjanya selamat dan status 14 yang lain masih belum dikenal pasti.

6. FILIPINA: Agensi berita Algeria berkata, dua tebusan warga Filipina terbunuh. Jurucakap Hal Ehwal Luar Filipina, Raul Hernandez pada Jumaat berkata, sekurang-kurangnya seorang warga Filipina selamat dan mengalami beberapa kecederaan semasa operasi tentera dan beliau tidak mengesahkan sebarang kematian.

7. MALAYSIA: Dua rakyat Malaysia menjadi tebusan, kata kerajaan.

8. IRELAND: Seorang lelaki rakyat Ireland berusia 36 tahun merupakan antara tebusan tetapi kini selama dan dibebaskan, menurut kerajaan Ireland.

9. PERANCIS: Presiden Perancis, Francois Hollande berkata, terdapat rakyatnya yang menjadi tebusan, tetapi tidak menyatakan bilangan yang sebenar.

10. ROMANIA: Kementerian Luar Romania berkata, rakyatnya merupakan antara tebusan di Algeria. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain