suria

Lapan Terbunuh Dalam Nahas Pesawat Di Selatan Mexico

Kepulan asap dapat dilihat di lapangan terbang berikutan nahas pesawat kecil yang mengorbankan dua juruterbang dan enam penumpang. Foto EPA

MEXICO CITY: Pihak berkuasa pengangkutan Mexico berkata, seramai lapan orang, termasuk tiga kanak-kanak terbunuh apabila sebuah pesawat kecil terhempas di Chiapas, selatan negara itu.

Jabatan Pengangkutan dan Komunikasi dalam satu kenyataan berkata, Cessna terhempas sejurus selepas berlepas pada Khamis (waktu tempatan).

Ia berkata, pesawat itu menjunam ke landasan di lapangan terbang antarabangsa Tuxtla Gutierrez.

Pegawai berkata, nahas itu kemungkinan berpunca daripada angin kuat tetapi siasatan mengenainya diteruskan.

Dua juruterbang dan enam penumpang, termasuk tiga kanak-kanak, terbunuh dalam nahas itu. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain