suria

Aburizal Bakrie Pertama Kali Tidak Dalam Kelompok 40 Orang Terkaya Indonesia

Aburizal Bakrie
Aburizal Bakrie
Aburizal Bakrie

JAKARTA: R. Budi Hartono dan saudara lelakinya, Michael, yang memiliki satu syarikat rokok cengkih Djarum, kekal sebagai lelaki terkaya Indonesia, demikian menurut senarai terbaharu 40 orang terkaya Forbes Indonesia 2012.

Kekayaan kedua-dua beradik lelaki itu dilaporkan meningkat daripada US$14 bilion pada 2011 kepada US$15 bilion pada 2012.

Tokoh utama Pengerusi Parti Golkar Aburizal Bakrie pertama kalinya gagal muncul dalam senarai 40 orang terkaya Forbes Indonesia sejak majalah itu memulakan pengeluaran senarai bagi Indonesia pada 2006.

Aburizal mengumumkan pada Jun hasratnya untuk bertanding jawatan Presiden Indonesia pada 2014.

Keluarga Aburizal, yang dinamakan lelaki terkaya Indonesia oleh Forbes pada 2007, berhadapan masalah berikutan penghakisan kekayaan sejak beberapa tahun lepas berikutan masalah kewangan yang dihadapi pengeksport arang batu termal terbesar Asia, PT Bumi Resources.

Senarai 40 orang terkaya Indonesia itu mempunyai kombinasi kekayaan US$88.6 bilion, iaitu peningkatan lebih 4.0 peratus berbanding setahun lepas.

Berikut ialah senarai 40 orang terkaya Indonesia: 1. R. Budi dan Michael Hartono (US$15bilion)

2. Eka Tjipta Widjaja dan keluarga (US$7.7 bilion)

3. Susilo Wonowidjojo dan keluarga (US$7.4 bilion)

4. Anthoni Salim dan keluarga (US$5.2 bilion)

5. Chairul Tanjung (US$3.4 bilion)

6. Sri Prakash Lohia (US$3 bilion)

7. Sukanto Tanoto (US$2.8 bilion)

8. Peter Sondakh (US$2.6 bilion)

9. Boenjamin Setiawan dan keluarga (US$2.35 bilion)

10. Putera Sampoerna dan keluarga (US$2.3 bilion)

11. Mochtar Riady dan keluarga (US$2.2 bilion)

12. Low Tuck Kwong (US$2 bilion)

13. Tahir (US$1.8 bilion)

14. Ciliandra Fangiono dan keluarga (US$1.79 bilion)

15. Martua Sitorus (US$1.75 bilion)

16. Achmad Hamami dan keluarga (US$1.7 bilion)

17. Theodore Rachmat (US$1.6 bilion)

18. Kartini Muljadi dan keluarga (US$1.51 bilion)

19. Murdaya Poo (US$1.5 bilion)

20. Djoko Susanto (US$1.4 bilion)

21. Eddy Katuari dan keluarga (US$1.3 bilion)

22. Edwin Soeryadjaya (US$1.21 bilion)

23. Sjamsul Nursalim (US$1.2 bilion)

24. Ciputra dan keluarga (US$1.17 bilion)

25. Soegiarto Adikoesoemo (US$1.15 bilion)

26. Kiki Barki (US$1.08 bilion)

27. Kuncoro Wibowo dan keluarga (US$1.06 bilion)

28. Garibaldi Thohir (US$1.05 bilion)

29. Hary Tanoesoedibjo (US$1.04 bilion)

30. Lim Hariyanto Wijaya Sarwono (US$1.03 bilion)

31. Benny Subianto (US$1.02 bilion)

32. Harjo Sutanto (US$1 bilion)

33. Kusnan and Rusdi Kirana (US$900 juta)

34. Aksa Mahmud (US$820 juta)

35. Prajogo Pangestu (US$800 juta)

36. Alexander Tedja (US$790 juta)

37. Husain Djojonegoro dan keluarga (US$780 juta)

38. Sudhamek (US$760 juta)

39. Hashim Djojohadikusumo (US$750 juta)

40. Eddy Kusnadi Sariaatmadja (US$730 juta) - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain