suria

40 Terbunuh Dalam Letupan Bom Di Iraq

HILLA (Iraq): Empat puluh orang telah disahkan terbunuh manakala 124 orang yang lain tercedera akibat letupan bom di merata rata tempat di sekitar Iraq.

Ini adalah merupakan jumlah kematian yang terburuk dalam tempoh dua bulan.

Pada 9 September lalu, 76 orang telah terbunuh juga akibat letupan bom.

Insiden terbaru ini membawa jumlah keseluruhan kematian akibat keganasan di Iraq meningkat kepada 147 orang pada bulan ini sahaja.

Dua letupan di tepi jalan berhampiran pekan ini telah mengorbankan 28 orang mangsa dan mencederakan 85 yang lain. Kebanyakan mereka adalah penganut fahaman Syiah.

Sementara di bandar suci Karbala, sebuah kereta yang diletakkan di bawah jambatan telah meletup mengorbankan lima orang dan mencederakan 13 orang lagi.

Di Fallujah, Barat Baghdad, satu letupan bom telah mengorbankan tiga anggota tentera Iraq dan mencederakan tiga askar dan empat orang awam.

Di bandar Mosul, Utara Iraq pula sebuah kereta turut diletupkan mengorbankan seorang anggota polis dan seorang orang awam dan mecederakan dua lagi anggota polis.

Kemudian, sebuah lagi kereta diletupkan di sebatang jalan di Selatan Baghdad mengorbankan seorang dan mencederakan 11 yang lain.

Dua lagi letupan bom di pinggir jalan berhampiran kem tentera di Utara Baghdad turut mengorbankan seorang mangsa manakala enam lagi cedera.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain