suria

Obama, Romney Sedia Debat Dasar Luar Negara

WASHINGTON: Presiden Barack Obama dan pencabar Republikan, Mitt Romney berbincang secara tertutup dengan penasihat masing-masing bagi menghadapi debat ketiga dan terakhir hari ini sekali gus merangka strategi sebelum undian ditentukan oleh wilayah-wilayah di Amerika Syarikat (AS).

Jawatan Presiden ditentukan oleh wilayah-wilayah dan bukan berdasarkan undian popular.

Sebanyak 41 daripada 50 wilayah sudah membuat keputusan dan calon meneruskan saingan di sembilan lagi wilayah termasuk yang kritikal iaitu Ohio dan Florida.

Debat selama 90 minit itu yang berkisar kepada dasar luar negara akan berlangsung di Boca Raton, Florida iaitu 15 hari sebelum undian 6 November dan menjadi peluang terakhir calon untuk bersemuka di hadapan berjuta-juta rakyat AS yang akan menonton siaran langsung berkenaan. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain