suria

Malaysia, India, Korea Selatan Berpotensi Jadi Pasaran Eksport Baru Negara Pasifik

NEW DELHI: Malaysia, India dan Korea Selatan merupakan pasaran yang ideal sebagai destinasi eksport baru bagi enam negara Pasifik iaitu Papua New Guinea (PNG), Timor Leste, Kepulauan Solomon, Fiji, Vanuatu dan Samoa.

Ketiga-tiga negara berkenaan paling berpotensi mendahului Thailand dan Filipina, demikian menurut laporan Suku Tahunan Pasifik terkini ANZ bank.

"Ketiga-tiga negara berada di atas. Mereka tidak dianggap sebagai rakan dagangan utama Pasifik tetapi mungkin patut dilihat kembali, " kata Ketua Ekonomi bank untuk Asia Pasifik, Paul Gruenwald.

Kajian itu membandingkan kawasan penting dalam peningkatan permintaan di negara-negara Asia dengan apa yang boleh Pasifik tawarkan. Ia juga mengambil kira faktor-faktor penting lain seperti kos pengangkutan dan kos menjalankan perniagaan.

Bagi China, beliau berkata: "China mengungguli senarai hanya untuk satu daripada negara-negara yang kami dilihat, dan itu adalah PNG. Ini kerana permintaan China adalah untuk komoditi asas tetapi bagi banyak komoditi hasil pertanian, China cuba untuk memenuhi sendiri.

"Jadi, ia tidak akan menjadi peminta yang besar bagi barangan itu. Oleh itu, tidak semestinya ia merupakan pasaran yang baik untuk beberapa ekonomi Pasifik yang banyak mengeksport komoditi hasil pertanian," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain