107 Maut Dalam Serangan di Iraq - Dunia | mStar

107 Maut Dalam Serangan di Iraq

BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 107 orang terbunuh dalam serangan bom dan senjata api di seluruh Iraq, sehari selepas 20 orang maut dalam beberapa letupan yang disasarkan terhadap puak Syiah.

Pertumpahan darah itu menunjukkan kelemahan pasukan keselamatan Iraq yang gagal menghalang pengganas daripada melancarkan serangan di banyak lokasi.

Selain mereka yang terbunuh, sekurang-kurangnya 268 orang cedera akibat letupan dan tembakan di beberapa kawasan Syiah termasuk di Baghdad, Taji, Kirkuk dan Mosul.

Tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu tetapi pegawai kanan keselamatan Iraq menyalahkan sayap tempatan al-Qaeda yang dianggotai militan Sunnah.

“Serangan terbaru adalah mesej jelas bahawa al-Qaeda di Iraq bertekad memulakan perang saudara," katanya. -REUTERS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

19,000 Terbunuh Di Syria – NGO

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain