Ujian DNA Kenalpasti Mayat Penumpang Pesawat Sukhoi Bermula - Dunia | mStar

Ujian DNA Kenalpasti Mayat Penumpang Pesawat Sukhoi Bermula

JAKARTA: Para ahli forensik di Jakarta pada Sabtu memulakan proses mengenalpasti potongan-potongan badan mayat nahas pesawat awam buatan Rusia Sukhoi Superjet 100 termasuk melalui ujian DNA, setelah mereka menerima 16 beg mayat yang diterbangkan dari tempat kejadian di Gunung Salak, Bogor, Jawa Barat.

Badan SAR Nasional (Basarnas) yang mengetuai operasi mencari dan menyelamat tidak menyatakan bahawa 16 beg berkenaan berisi 16 mayat, tetapi menegaskan bahawa hari ini anggota penyelamat mengeluarkan dari tempat kejadian 16 beg mayat tetapi tidak diketahui jumlah mayat.

Proses mengenalpasti potongan tubuh yang sebahagian besarnya hancur itu dijangka memakan masa sekurang-kurangnya dua minggu untuk memadankan dengan sampel data DNA termasuk dari anggota keluarga mangsa.

"Untuk forensik DNA, prosesnya memakan masa dua minggu kalau semua lancar. Tetapi, tidak bererti proses identiti itu boleh cepat, boleh jadi sekian minggu, sekian bulan bahkan bertahun-tahun," kata Pengarah Eksekutif Disaster Victim Identification (DVI) Ibu Pejabat Polis Indonesia, Pesuruhjaya Kanan Anton Castilani ketika di wawancara stesen TV, MetroTV, Sabtu.

Beliau berkata sepasukan doktor forensik serta ahli forensik gigi dan ahli DNA akan memadankan potongan tubuh mayat penumpang itu dengan 35 sampel data antermortem warganegara Indonesia yang telah dikumpulkan oleh Polis Indonesia. Pihaknya juga telah meminta data antermortem daripada kedutaan besar masing-masing untuk warganegara asing yang tercatat dalam senarai penumpang pesawat malang itu, kata beliau.

Castilani berkata mayat-mayat itu hanya akan diserah kepada keluarga masing-masing setelah ia benar-benar dapat dikenalpasi.

Sementara itu Panglima Komando Daerah Militer III Siliwangi Mej Jen Sonny Widjaja berkata pasukan mencari dan menyelamat belum dapat memastikan jumlah mayat yang ditemui setakat ini kerana mereka hanya menemui serpihan daging manusia di tempat kejadian.

Pasukan SAR katanya kini berusaha untuk turun ke dasar jurang tempat kemalangan itu, kira-kira 300 meter ke bawah lereng Gunung Salah bercerun 85 darjah itu, kerana percaya masih ada mangsa boleh ditemui di situ.

Sehingga kini, pada hari keempat selepas nahas udara pesawat Sukhoi Superjet 100 yang membawa 45 penumpang dalam penerbangan demonstrasi itu terhempas pada Rabu, belum ada penumpang yang ditemui selamat.

Bangkai pesawat itu ditemui dalam bentuk serpihan-serpihan kecil di tebing curam Gunung Salak pada Khamis, namun bahagian-bahagian lebih besar pesawat itu belum ditemui, dan berkemungkinan ia berada di dasar jurang itu. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain