Indonesia Mahu Guna Zon Waktu Tunggal - Dunia | mStar

Indonesia Mahu Guna Zon Waktu Tunggal

JAKARTA: Dalam usaha untuk mempertingkat produktiviti dan urusan perniagaan, Indonesia, yang ketika ini terbahagi kepada tiga zon waktu, sedang menimbang untuk menggunakan hanya satu zon waktu.

Di bawah cadangan kerajaan itu, penduduk di republik itu akan menetapkan jarum jam mereka kepada GMT+8. Ketika ini, zon waktu pertama ialah pada GMT+7.

Jurucakap Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi Indonesia (KP3EI), Edib Muslim berkata, perbezaan masa satu jam di kalangan tiga zon waktu didapati tidak berkesan. "Misalnya, transaksi di Jakarta, yang terletak pada zon waktu Indonesia Barat, bermula pada 9 pagi dan berakhir pada 5 petang.

"Ini bererti, terdapat ruang empat jam bagi perdagangan antara penduduk di zon waktu Barat dengan Timur, yang dua jam terkedepan," katanya sebagaimana dipetik oleh akhbar harian berbahasa Inggeris, The Jakarta Globe pada Isnin.

Edib juga dipetik sebagai berkata, menggunakan hanya satu zon waktu akan menghapuskan masalah seperti itu dan ia memudahkan urusniaga, oleh kerana ia membolehkan penduduk di bahagian barat, tengah dan timur Indonesia mempunyai satu waktu standard.

KP3EI ialah jawatankuasa bertanggungjawab melaksanakan Pelan Induk bagi Peningkatan dan Perkembangan Pembangunan Ekonomi Indonesia (MP3EI), yang membahagikan Indonesia kepada beberapa koridor ekonomi.

Ia dipengerusikan oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, sementara Menteri Penyelaras bagi Ekonomi, Hatta Rajasa, ialah pengerusi eksekutif.

Sementara itu, Hatta berkata zon waktu tunggal adalah rahmat bagi negara.

"Terdapat kajian yang menyatakan dengan zon waktu tunggal, segala urusan akan lebih cekap dan memanfaatkan, dengan itu trilion [rupiah] dapat dijimatkan," katanya.

Hatta menambah, langkah itu juga akan meletakkan negara ini pada waktu yang sama dengan negara-negara jiran seperti Singapura dan Filipina. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain