suria

Bunuh Warga Afghanistan Untuk Hiburan, Askar AS Dipenjara

WASHINGTON: Seorang askar Amerika Syarikat (AS) didapati bersalah membunuh tiga orang rakyat Afghanistan sebagai hiburannya dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan berpeluang mendapat parol selepas tempoh hukuman.

Calvin Gibbs, 26, didakwa di atas kesalahan membunuh, konspirasi dan bebrapa pertuduhan yang lain di mahkamah tentera pada Khamis.

Juri mempunyai peluang untuk memberi hukuman penjara seumur hidup dengan kebarangkalian mendapat parol dan membuat keputusan untuk memberinya parol.

Gibbs adalah tertuduh utama dalam lima anggota tentera tang didakwa terlibat dalam pembunuhan warga Afghanistan yang tidak bersenjata semasa membuat rondaan di Kandahar pada awal tahun 2010.

Pada hari ke tujuh perbicaraannya, Gibbs mengaku memotong jari mangsa untuk disimpannya sebagai tanda peringatan perbuatannya.

Namun dia mendakwa dia tidak terlibat dalam pembunuhan mangsa pertama dan ketiga dan dalam pembunuhan mangsa kedua dia hanya membalas tembakan. -AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain