suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelawat M'sia Antara Lima Terbesar Di Australia

MELBOURNE: Malaysia merupakan antara lima negara teratas dari segi pergerakan penumpang memasuki dan keluar dari Australia.

Data rasmi menunjukkan sejumlah 27 juta penumpang keluar masuk Australia sepanjang 2010/11.

Jumlah itu meningkat tujuh peratus berbanding tahun sebelumnya.

Empat negara utama lain ialah New Zealand, Singapura, Amerika Syarikat dan Hong Kong.

"Angka ini sangat baik," kata Menteri Pengangkutan Anthony Albanese menerusi satu kenyataan pada Khamis, dan menambah Australia kembali semula menjadi pilihan antarabangsa.

Menurut data Biro Infrastruktur Pengangkutan dan Ekonomi Serantau, Qantas terus menguasai bahagian besar penumpang antarabangsa, sebanyak 18.7 peratus daripada pasaran Australia pada 2010/11.

Ini diikuti Singapore Airlines sebanyak 9.1 peratus, Air New Zealand (8.3 peratus), syarikat penerbangan tambang rendah Qantas, Jetstar (8 peratus) dan Emirates (7.9 peratus). - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain