suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lagi Pelombong Terperangkap Dalam Letupan Lombong Di China

BEIJING: Satu kemalangan di lombong arang batu di China menyebabkan lebih 40 orang pelombong terperangkap bawah tanah pada Khamis, lapor media tempatan.

Pasukan penyelamat dilihat berada di kawasan kemalangan yang berlaku pada awal Khamis dekat wilayah Yunnan untuk melakukan operasi menyelamat.

Satu kenyataan kerajaan tempatan memberitahu mangsa yang merupakan pelombong terperangkap disebabkan letupan gas namun ia tidak dapat dipastikan dan media tempatan melaporkan ia hanyalah kebocoran gas.

Kemalangan berlaku beberapa hari selepas satu letupan berlaku di lombong arang batu di tengah wilayah Henan yang memerangkap berpuluh pekerja lombong di bawah tanah dengan 10 mangsa terkorban.

Kemalangan di lombong arang batu sering berlaku di China di mana langkah keselamatan pekerjaan tidak diamalkan kerana majikan yang tidak mempedulikan aspek tersebut untuk mengaut keuntungan dengan segera. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain