suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bot Karam Di Bangladesh, 8 Maut

DHAKA: Sekurang-kurangnya lapan orang terkorban dan ramai dikhuatiri hilang selepas sebuah bot yang dinaiki lebih 100 orang penumpang karam di timur laut Bangladesh pada Khamis, kata polis.

Menurut ketua polis daerah, Jane Alam Khan, bot yang sarat penumpang itu karam dalam sungai Durlavpur di daerah Sunamganj , 200 kilometer dari Dhaka.

“Kami menemui lapan mayat setakat ini. Kami percaya ramai yang berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing kerana ia karam berdekatan dengan jeti sungai itu,” katanya. -AFP

Artikel Sebelum

Taufan Nesat Membadai China Pula

Artikel Berikut

Artikel Lain