suria

PM Baru Thailand Bernilai RM54.1 Juta

Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra ketika melancarkan satu program di Bangkok pada 23 September lalu. -FOTO EPA
Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra ketika melancarkan satu program di Bangkok pada 23 September lalu. -FOTO EPA
Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra ketika melancarkan satu program di Bangkok pada 23 September lalu. -FOTO EPA

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, YingLuck Shinawatra didakwa mempunyai aset bernilai RM54.1 juta iaitu jumlah yang jauh lebih sedikit daripada jumlah kekayaan abangnya, Thaksin, demikian menurut satu badan anti rasuah, Rabu.

Anak lelaki Yingluck berusia sembilan tahun mempunyai aset berjumlah RM440,000 manakala suaminya mengisytiharkan aset bernilai RM7.6 juta dengan nilai hutang berjumlah Rm36 juta, kata Suruhanjaya Anti Rasuah Kebangsaan.

Aset dimiliki Yingluck termasuklah hartanah dan pelaburan dalam bentuk lain namun beliau bukanlah ahli kabinet yang terkaya.

Sebelum mengambil alih kuasa, Yingluck adalah seorang presiden sebuah syarikat hartanah di Thailand bernama SC Asset Corp dan sebelum ini memegang beberapa jawatan dalam empayar perniagaan Thaksin.

Pada Februari 2010, Mahkamah Agung Thailand merampas separuh kekayaan Thaksin bernilai $ 1.4 bilion di atas dakwaan salah guna kuasa.

Dalam usaha negara gajah putih itu untuk membanteras rasuah, kesemua ahli politik Thai harus mengisytiharkan aset mereka kepada Suruhanjaya Anti Rasuah Kebangsaan dalam masa sebulan selepas memulakan tugas dan sekali lagi apabila berhenti daripada jawatan. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Palestin Masih Perlukan 9 Undi

Artikel Lain