suria

Tiga Terbunuh Dalam Letupan Kereta Berhampiran Ibu Pejabat Polis Afganistan

LASHKAR GAH: Tiga pegawai polis terbunuh apabila sebuah kereta meletup dipercayai atas tujuan membunuh diri berhampiran ibu pejabat polis di ibu kota Helmand, selatan Afganistan, kata kenyataan rasmi, Selasa.

Jurucakap tentera Afgan, Mohammad Rasoul berkata tiga polis terbunuh dan tiga lagi cedera dalam kejadian letupan di sini. Beberapa wartawan AFP melihat sebilangan ambulans meninggalkan tempat kejadian.

“Sebuah letupan kereta berlaku berhampiran dengan ibu pejabat polis. Ia adalah tindakan membunuh diri dengan meletupkan bom. Kami masih tiada butiran buat masa ini,” kata jurucakap wilayah Helmand, Daud Ahmadi.

Laskhar Gah merupakan salah satu daripada tujuh kawasan yang diserahkan oleh tentera campuran kepada kerajaan Afganistan pada awal tahun ini sebagai sebahagian daripada pelan transisi yang akan menyaksikan pengunduran semua tentera asing di negara itu menjelang 2014.

Dianggarkan kira-kira 140 ribu tentera asing, terutamanya dari Amerika Syarikat (AS), menentang pemberontakan yang diketuai oleh tentera Taliban sejak kuasa mereka disingkirkan oleh serangan tentera AS pada Oktober 2001. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain